Pada 5 dan 6 Disember 2018, Pusat Pengurusan Data dan Maklumat (PPDM) telah mengadakan retreat dan teambuilding di Beringgis Beach Resort, Papar yang telah dihadiri oleh semua kakitangan PPDM.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan KPI dan pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang pada tahun 2018 disamping isu-isu dan cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksanaan aktiviti tersebut. Kami turut membincangkan perancangan aktiviti bagi tahun 2019 serta yang paling penting Visi, Misi dan Objektif PPDM telah dimuktamadkan semasa retreat tersebut.

PPDM terdiri daripada staff yang mempunyai skim, kemahiran, pengalaman dan latarbelakang yang berbeza. Oleh itu, acara Teambuilding juga turut diadakan bagi membentuk satu kumpulan yang saling bergantung dan komited terhadap matlamat kerja serta mengambil tanggungjawab secara bersama.

Hasil daripada resolusi retreat, adalah dijangkakan tahun 2019 akan menjadi lebih mencabar buat PPDM termasuk merealisasikan perlaksanaan ID digital dan aplikasi mengambil kehadiran pelajar smart hadir diperluaskan penggunaanya.

[sgdg path=”BLOG IMAGES GALLERY/Retreat 2018/images”]

wpChatIcon
wpChatIcon
Skip to content