Pada 13-17 Ogos 2018, Bahagian Sumber Manusia UMS telah menganjurkan kursus Asas Pembangunan iOS yang bertempat di Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Untuk makluman, setiap kakitangan UMS perlu menghadiri kursus bagi memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.

Kursus yang dianjurkan ini telah memberikan banyak manfaat serta meluaskan pengatahuan serta mengukuhkan lagi kemahiran teknikal staf UMS. Seramai 20 orang staf telah menyertai kursus ini. Panel yang dijemput untuk mengendalikan kursus ini ialah Encik Farizshah Gaskin, seorang yang tidak asing dalam bidang ini. Beliau merupakan Ketua Pegawai di Eksekutif Tracdisk Technogreen Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk mengembangkan kemahiran pengkodan kepada orang awam.

Secara umumnya, kursus ini memberi pendedahan tentang kaedah terkini dalam pembangunan aplikasi iOS dan cara menerbitkan aplikasi ke dalam Apple Store. Makmal yang digunakan juga mempunyai jumlah iMac yang mencukupi untuk digunakan oleh para peserta. Kesimpulannya, kursus ini memberikan banyak manfaat kepada peserta yang baru dalam bahasa pengaturcaraan Swift sekaligus memberi minat di dalam pembangunan aplikasi iOS. Kami berharap lebih banyak kursus seperti ini akan dianjurkan lagi pada masa yang akan datang!

[sgdg path=”BLOG IMAGES GALLERY/iOS Training/images”]

wpChatIcon
wpChatIcon
Skip to content