Bengkel Pemurnian Data yang telah diadakan pada 27-28 Ogos 2018 bertempat di Hotel Pan Borneo Putatan, adalah salah satu inisiatif daripada Pusat Pengurusan Data Dan Maklumat (PPDM) dalam mendokong aspirasi universiti ke arah memantapkan pengurusan data dan maklumat UMS.
Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti isu-isu data universiti yang sering timbul dan mengemaskini data tersebut dengan kerjasama daripada Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit (JFPIU) pemilik data yang terlibat secara langsung dalam operasi pengurusan data universiti.
Di samping itu, bengkel ini juga menjadi medan perbincangan diantara JFPIU pemilik data dengan PPDM dalam mencari penyelesaian terbaik proses pengurusan data dan maklumat universiti selari dengan inisiatif Smart Data Lonjakan IR4.0.
Seramai 35 peserta terdiri daripada pelbagai JFPIU pemilik data terlibat dalam menjayakan bengkel yang mana peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu Modul Staf, Modul Pelajar dan Modul R&D&C.
Di akhir bengkel ini, kumpulan Modul Staf Berjaya menduduki tempat pertama diikuti dengan Modul Pelajar dan Modul R&D&C dalam aktiviti pengemaskinian data yang dinilai dari segi pengurangan isu data yang bermasalah.
[sgdg path=”BLOG IMAGES GALLERY/bengkel pemurnian data/images”]